Select Page

Barang plastik patah? 3D Print Jer!

Barang elektronik rosak? Repair Jer!

Pusat Sehenti untuk Maker di malaysia!

Imaginasi menjadi realiti

3D Print Jer

Realisasikan idea hebat anda dengan kepakaran prototaip kami. Disokong oleh Teknologis Profesional yang berpengalaman dalam pembangunan produk elektronik dan peranti perubatan.

3D Print Jer Hero Image
Hospital Universiti Sains Malaysia
ubitap
Akademi Hayatul Muslim

Mengapa memilih 3D Print Jer untuk keperluan cetakan 3d "custom" anda?

Kepakaran Kejuruteraan

3D Print Jer dipimpin oleh jurutera yang pengalaman dalam pembangunan peranti perubatan dan produk elektronik. Kami memahami keperluan teknikal projek anda dan memastikan setiap prototaip memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

PENYELESAIAN PANTAS

Dilengkapi dengan pencetak 3D berkelajuan tinggi dan kepakaran teknikal, kami mampu menghasilkan prototaip dalam masa yang singkat tanpa kompromi pada kualiti. Masa adalah kritikal dalam inovasi, dan kami memahaminya.

SOKONGAN "END-TO-END"

Bukan sekadar perkhidmatan cetakan 3D, kami menawarkan penyelesaian lengkap dari konsultasi reka bentuk hingga integrasi elektronik. Pengalaman dan pengetahuan kami membantu anda mengelakkan masalah teknikal yang lazim.

Bahan percetakan 3D yang kami tawarkan

Warna yang dipaparkan sekadar ilustrasi untuk menunjukkan kualiti bahan. Sila beritahu kami jika anda ingin mencetak model 3D anda dalam warna tertentu. Jika anda mencari bahan yang tidak disenaraikan di sini, sila email kami di contact@3dprintjer.com

red pla 3dprintjer

PLA

Polylactic Acid (PLA) merupakan bahan cetakan 3D yang sangat popular kerana sifatnya yang mesra alam dan mudah digunakan.

Dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui seperti kanji jagung, PLA terkenal dengan keupayaannya untuk menghasilkan cetakan berkualiti tinggi dengan perincian halus serta permukaan yang licin.

Bahan ini sangat sesuai untuk prototaip, model seni, dan objek hiasan di mana ketepatan dan estetika amat penting.

black petg 3dprintjer

PETG

Glycol Modified Polyethylene Terephthalate (PETG), adalah pilihan bahan cetakan 3D yang semakin popular kerana daya ketahanan dan kebolehlenturan yang baik.

Ia menawarkan kombinasi sempurna antara kekuatan dan kejelasan, menjadikannya ideal untuk pelbagai aplikasi dari prototaip fungsional hingga model yang memerlukan ketahanan terhadap suhu dan impak.

Dengan kemampuan untuk menghasilkan cetakan yang lebih kukuh dan fleksibel berbanding PLA, PETG adalah pilihan yang bijak untuk projek yang memerlukan kualiti tinggi tanpa mengorbankan kepraktisan.

orange TPU 3dprintjer

TPU

Thermoplastic Polyurethane (TPU) adalah bahan cetakan 3D yang terkenal dengan sifatnya yang fleksibel dan tahan lama, menjadikannya pilihan ideal untuk penggunaan yang memerlukan ketahanan dan keanjalan.

Dalam dunia cetakan 3D, TPU membawa dimensi baru dengan kemampuannya untuk menghasilkan objek yang lembut namun kuat, seperti peranti mudah alih yang tahan lasak atau komponen elastik untuk produk perubatan.

Dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk dan saiz, TPU memberikan fleksibiliti yang diperlukan untuk merealisasikan idea-idea kreatif anda.

green ABS 3dprintjer

ABS

Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS) ialah termoplastik serba guna yang sangat popular dalam dunia percetakan 3D.

Dengan kekuatan dan ketahanannya, ABS sangat ideal untuk mencipta pelbagai benda, daripada prototaip kepada bahagian berfungsi yang memerlukan daya tahan terhadap hentakan dan haba.

Kemampuannya untuk dibentuk dan dicetak dengan mudah menjadikannya pilihan terbaik untuk reka bentuk yang rumit dan projek yang memerlukan perincian.

Aliran perkhidmatan percetakan 3D kami

blank

Hantar Maklumat

Hantar maklumat kepada kami melalui borang di bawah.

blank

Terima Sebutharga

Anda akan mendapat email dan pesanan Whatsapp dari kami dengan segera. Tiada kuantiti pesanan minimum (MOQ) diperlukan!

blank

Bayar & Cetak

Sebaik sahaja sebutharga itu dipersetujui & dibayar, kami akan memulakan percetakan 3D idea anda. Kami memastikan hasilnya adalah seperti apa yang anda inginkan atau lebih baik. Tiada pesanan minimum (MOQ) diperlukan.

blank

Terima Hasil Cetakan

Kami akan menghantar hasil cetakan mengikut kaedah penghantaran yang dipersetujui.

Bersedia untuk memulakan projek anda?

Soalan Lazim (F.A.Q)

Anda boleh mendapatkan jawapan kepada kebanyakan soalan tentang 3D Print Jer di sini.

Berapakah kos perkhidmatan percetakan 3D anda?

Harga kami bergantung pada jumlah model, jenis bahan, kemasan kerja penamat, dan tenaga kerja yang diperlukan. Kos cetakan 3D kami bermula dari RM30 hingga mencecah ribuan ringgit, bergantung pada keperluan projek.

Apa yang perlu saya mulakan?

Yang pertama, anda memerlukan model 3D. Tetapi jika anda tidak mempunyai model 3D, kami boleh buat reka bentuk model 3D untuk anda. Pereka produk dan jurutera kami dapat membantu anda dari prototaip sehingga ke pengeluaran produk.

Berapa lama masa yang diperlukan?

Untuk menyiapkan satu cetakan 3D, ia boleh mengambil masa dari 5 minit hingga 5 hari atau lebih. Ia bergantung kepada saiz model 3D, berapa warna yang diperlukan dan kerumitan model yang hendak dicetak. Jangan risau, kami akan maklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan model 3D anda setelah meneliti model yang anda kongsikan.